15 Disember 2008

MEMPERINGATI TRAGEDI MEMALI

Mungkin kini kita agak kurang mengingati lagi tragedy Memali yang membariskan pejuang-pejuang Islam yang syahid ekoran mempertahankan hak mereka yang mahu di tangkap oleh Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO/BN laknatullah Alaih.

Dengan kejadian ini, membuktikan bahawa UMNO/BN merupakan satu-satunya parti Assobiyyah melayu yang sedang memerintah, dan sewajarnya dihapuskan dan lupuskan dari muka bumi Allah SWT ini.

Sabda Nabi SAW;


لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ

Maksudnya;
“bukan dari kalangan kami mereka yang menyeru kepada assobiyyah, bukan dari kalangan kami mereka yang berbunuh-bunuhan kerana assobiyyah, bukan dari kalangan kami mereka yang mati atas dasar assobiyyah[1]”

Dalam menafsirkan Assobiyyah, Imam Al-Manawi telah menyatakan dalam kitab kitab Aun Al-Ma’bud, bahawa beliau menyebut;

أَيْ مَنْ يَدْعُو النَّاس إِلَى الِاجْتِمَاع عَلَى عَصَبِيَّة وَهِيَ مُعَاوَنَة الظَّالِم

Maksudnya;
“iaitu mereka yang menyeru manusia kepada perhimpunan atas assobiyyah, iaitu memberi bantuan kepada orang zalim[2]”

Lantaran ianya adalah parti yang tidak Islam, bahkan melakukan kezaliman, maka UMNO/BN merupakan parti yang jijik dan kotor. Dikeranakan kewujudannya, menyebabkan rakyat Malaysia ditimpa dengan berbagai bencana, bermula bencana moral hinggakan bencana aqidah.

Pemimpin-pemimpinya pula, demi mempertahankan “perut-perut” dan “dibawah perut” mereka, sanggup membunuh dan menjahanamkan sesiapa sahaja yang mahu menghalang kerakusan mereka. antara bukti kezaliman itu adalah dengan kejadian Memali yang kini agak dilupai.

Kejadian yang berlaku pada 18 september 1985 (menurut UMNO, kejadian itu berlaku pada 19 September), yang membariskan kematian 14 orang pejuang Islam yang tidak bersalah, diserang dengan kereta kebal, sedangkan mereka hanya bersenjatakan parang, bahkan ada yang tidak bersenjata langsung.

UMNO PENAKUT






Jika dilihat balik tragedy ini, didapati ianya rentetan dari penangkapan beberapa orang tokoh dalam PAS yang disumbat dalam ISA, iaitu Mat Sabu, Suhaimi Saad dan Bunyamin Yaakob.

Antara yang hendak dikenakan penangkapan itu adalah As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood, atau lebih dikenali sebagai ustaz Ibrahim Libya.

Beliau merupakan seorang yang pernah berkhidmat di Pusat Islam Kuala Lumpur sebagai pegawai dakwah. Beliau mempunyai pendidikan di India, Mesir dan Libya.

Menurut maklumatnya, didapati As-Syahid merupakan pendakwah yang berjaya dan terbaik semasa berkhidmat di Pusat Islam, sehinggakan amat disenangi oleh pegawai-pegawai agama di pusat Islam ketika itu.

Pun begitu, keterlibatan beliau dengan Pusat Islam tidak begitu lama. Beliau pun berhenti pada penghujung tahun 1978, dan terus balik kekampungnya memali dan bergiat cergas dalam PAS. Pada tahun 1982 beliau sempat bertanding dalam pilihanraya, iaitu di DUN Bayu sebagai Calon PAS, tetapi tidak mencapai kemenangan.

Ustaz Ibrahim bukanlah seorang yang sempat mencipta nama setara Tuan Guru Haji Abdul Hadi awang, yang ketika itu amat dikagumi oleh rata-rata rakyat Malaysia, pun begitu, rangking beliau ketika itu agak tidak jauh terkebelakang dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat yang ketika itu menjadi Ketua Dewan Ulama PAS pernah memuji dan kagum dengan ucapan yang disampaikan oleh ustaz Ibrahim Libya, lebih-lebih lagi ketika memperkatakan soal Jihad Fi sabilillah.

Memandangkan kehebatan beliau dalam pidato, menyebabkan pihak kerajaan amat gerun dan mengisytiharkan agar beliau ditangkap dan ditahan dibawah akta ISA yang zalim, seperti penahanan yang telah dikenakan kepada Mat Sabu, Suhaimi saad dan Bunyamin Yaakob.

Mengetahui keinginan pihak kerajaan, menyebabkan Ustaz Ibrahim libya disembunyikan di Kampung Kerawai, Sik. Pun begitu, ketika itu Ustaz Ibrahim menyatakan bahawa beliau lebih rela mati syahid dari menyerah diri ditahan dibawah Akta ISA yang zalim.

Dengan kenyataan beliau itulah menyebabkan beliau sendiri mahu pulang ke Kampungnya Memali, iaitu dikampung dimana beliau mengajar di sebuah madrasah Usang. Di Madrasah itu, beliau mengajar kitab Mustika Hadis terbitan Jabatan perdana Menteri dan Kitab Futuh Al-Ghaib.

Ustaz Ibrahim sendiri pernah menyebut, daripada beliau ditangkap untuk disumbat dalam ISA, beliau rela menyerahkan diri jika beliau dibicarakan di mahkamah terbuka dimana beliau berpeluang membela diri. Jika tidak, maka beliau lebih rela mati syahid demi mempertahankan hak beliau yang tidak sepatutnya ditangkap secara zalim oleh pihak Kerajaan UMNO/BN.

Pengajian beliau di Madrasah berjalan seperti biasa, yang ketika itu anak-anak muridnya seramai 23 orang sahaja.

Dalam suasana tegang, pihak polis tetap berusaha hendak menangkap Ustaz Ibrahim, tetapi dihalang oleh sebilangan muridnya, sehinggakan berlaku beberapa perbincangan antara mereka dengan polis, tetapi Ustaz Ibrahim tetap berkeras untuk tidak menyerah diri, kerana beliau tidak berjaya dibuktikan bersalah oleh Polis.

Dalam keadaan gawat itu, pihak UMNO Baling berkeras mendesak supaya Ustaz Ibrahim ditangkap juga, disamping mendakwa, kononnya disekitar rumah dan madrasah ustaz Ibrahim terdapat senjata yang tertanam, yang mana semua itu adalah fitnah jahat dari UMNO Baling laknatullah Alaih.

Fitnah ini semakin hangat dimainkan oleh UMNO Baling, sehinggakan pada 21 oktober 1985, ketika pihak PAS baling mengadakan satu kuliah agama yang diadakan di madrasah Ustaz Ibrahim, yang guru jemputan adalah Ustaz Awang Bakar yang ketika itu memegang jawatan Ketua Dewan Ulama Negeri Terengganu, menyebabkan berlaku satu kejadian, yang mana pihak Polis telah mengadakan sekatan jalanraja.

Disebabkan kebiasaan orang kampung tidak mempunyai roadtax motor, menyebabkan mereka hadir di majlis kuliah agama itu dengan menaiki van. Ada sebuah Van yang dipandu oleh Ustaz Yusuf bin Che Met telah ditahan oleh Polis. Apabila van itu di siasat, dijumpai sebilah pisau. Pisau itu adalah kegunaan untuk menyembelih kambing, yang biasa dibawa oleh orang-orang kampung ketika ada majlis makan kenduri dan majlis makan-makan.

Kewujudan sebilah pisau itu menjadi alasan utama mengatakan Ustaz Ibrahim Libya adalah gerakan pengganas di Baling.

Ekoran dari itulah, menyebabkan 18 oktober 1985, pihak polis telah menyerang Memali untuk menangkap Ustaz Ibrahim Libya. Pada jam 2 petang hari tersebut, ribuan polis yang kebanyakkannya adalah polis hutan mengadakan kepungan sekitar 2 kilometer sekeliling rumah dan madrasah Ustaz Ibrahim yang ketika itu Ustaz Ibrahim berada di rumah.

Apabila waktu malam, kepungan itu semakin hampir. Sehingga pada waktu subuhnya, iaitu selepas menunaikan solat subuh berjemaah, didapati pihak polis semakin ramai. yang mengikut ceritanya, bilangan mereka itu mencecah seramai 4 ribu orang, sedangkan di rumah Ustaz Ibrahim terdapat 50 orang anak muridnya yang mahu mempertahankan Ustaz Ibrahim Libya.

Kira-kira jam 7.30 pagi, pegawai tinggi polis yang bernama Yahya Yeop Sani meminta pengawal di depan rumah Ustaz Ibrahim Libya, iaitu anak muridnya agar menyerahkan 3 orang kepada polis, iaitu Ustaz Ibrahim Libya, Ustaz Ahmad Hasan dan Saudara Yusuf Husin.

Memandangkan ketiga-tiga ini tidak mahu menyerahkan diri, menyebabkan 7.45 pagi, gas pemedih mata dilepaskan bertalu-talu ke arah Ustaz Ibrahim.

Apabila gas itu dilepaskan, menyebabkan 50 orang yang berada dalam rumah Ustaz Ibrahim kelam kabut, dan ketika itu dalam rumah Ustaz Ibrahim terhadap seorang anak Ustaz Ibrahim yang masih berumur 3 bulan.

Kemudian itu, Saudara Yusuf Husin mengarahkan agar pintu pagar rumah Ustaz Ibrahim dikunci, menyebabkan sekali lagi dua das tembakan bom asap kedengaran, tetapi kali ini mengena kepala Naziah Hasan, menyebabkan dia tersungkur pengsan dan kepalanya berdarah.

Melihat keadaan itu, Cikgu Syafie amat marah, menyebabkan beliau mengambil sebilah parang dan menghalau agar polis berundur, tetapi menyedihkan, tanpa belas kasihan pihak polis telah melepaskan satu tembakan dengan peluru hidup ke arah beliau, dan mengenai mata kanan beliau lalu rebah dan syahid di situ juga.

Keadaan semakin kalut, menyebabkan sebilangan muslimat yang hadir ketika itu membantah tindakan pihak polis, tetapi tetap tidak dihiraukan oleh pihak polis yang terus melepaskan tembakan gas ke arah dalam rumah Ustaz Ibrahim Libya.

Sejurus kemudian, kereta kebal polis merempuh masuk kawasan dan melepaskan tembakan. Beberapa orang rebah kena tembakan yang tidak berperi kemanusiaan itu. polis kemudiannya beredar dari situ sebentar, tetapi sejurus kemudian masuk semula ke kawasan trersebut dan melancarkan serangan kali kedua.

Melihat ramai anak muridnya yang sudah kena tembakan, menyebabkan Ustaz Ibrahim bertindak keluar dari bawah rumahnya dengan memegang sebilah parang. Dikala itulah, Ustaz Ibrahim ditembak lalu syahid di situ juga.

Menurut Saudara Yusuf Hussin, dikala As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya diangkat oleh polis, beliau belum lagi syahid, tetapi sedang dalam nazak. Dikala itu, Yusuf Husin menyatakan beliau mendengar seorang anggota polis mengherdik ”Sudah tembak, belum mampus juga”. (Alangkah bangsatnya si polis itu).

PENUTUP

Inilah kezaliman kerajaan UMNO/BN dalam menghadapi musuh parti mereka. Tidak diketahui siapa dalang sebenar dalam tragedi ini. Ada pihak yang mendakwa, dalang tragedi ini adalah Tun Dr Mahathir yang memegang jawatan Perdana Menteri. Bahkan ada pula pihak lain mendakwa, dalang bagi tragedi ini adalah Musa Hitam yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tetapi, yang pastinya, kedua-dua tokoh yang diperselisihkan dalang dalam tragedi ini adalah pemimpin UMNO, yang kedua-duanya juga memimpin Barisan Nasional.

Perbicaraan kes ini sering kali ditangguhkan. Tidak diketahui sampai bila mahu perbicaraan ini akan selesai selagi UMNO/BN masih lagi memerintah.

Apakah dengan kejadian ini, kita masih lagi mengatakan UMNO/BN itu parti yang baik????

Ingatlah !! inilah parti yang paling bangsat atas bumi Malaysia ini. Sesungguhnya, inilah parti yang jijik lagi kotor.

Sekian

[1] Sunan Abi Daud : 4456.
[2] Aun Al-Ma’bud : 11/161.

Sumber: Al-Bakistani

08 Disember 2008

Umno cipta istilah tidak tepati Islam

Oleh: Dato' Seri Abdul Hadi Awang


Sekalian penulis dan pemikir Islam yang istiqamah telah mengulas kalimah dan konsep Hadharah hanya menerima konsep Hadharah Islamiyah sahaja (bukan Islam Hadhari).

Ulasan dan huraian mereka dalah bertujuan untuk menjelaskan kepada golongan yang salah faham terhadap Islam, golongan ini beranggapan bahawa Islam adalah agama yang hanyut, boleh diheret kepada penyelewengan seperti yang berlaku terhadap penganut agama di kalangan umat terdahulu.

Atau mereka itu terpengaruh dengan ideologi dan teori ciptaan manusia. Pada pandangan mereka, Islam itu jumud tanpa anjal semata-mata kerana Islam bertegas dalam perkara-perkara tertentu yang di izin para sahabat dan para tabi'in yang ikhlas.

Perkataan Islam Hadharah yang diuar-uarkan oleh Umno mempunyai tujuan dan objektif yang tidak pernah istiqamah, malah ianya kabur, menyeleweng dan berisiko menyesatkan.

Perlaksanaan Islam yang mereka lakukan bukan kerana hidayah dan ubudiyah, tetapi ke
rana jibayah dan maslahah duniawiyah, contoh terkini ialah siptaan istilah Islam Hadhari. Ia suatu ungkapan indah yanh menggoda tetapi pada masa yang sama mengelirukan dan dusta belaka.

Tindakan mereka samalah seperti yang pernah dilakukan oleh golongan Tartar yang pernah menakluk Baghdada dengan mengemukankan perlembagaan Yasaq, mencapur-adukkan Islam dengan kesesatan, atau seperti Raja Akbar Agung dari India yang menggunakan perkataan Din-Ilahi yang telah menyesatkan umat Islam India pada zamannya.

Untuk memperkasakan dasar Islam Hadhari, Umno akan mengadakan kursus-kursus kepada semua kakitangan kerajaan di bawah perancangan dan peruntukan yang besar yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.

Harapan mereka ialah supaya golongan yang menjadi sasaran akan menyokong dan menjadi alat kepada Umno. Justeru, satu jawatankuasa pelaksanaan peringkat tertinggi telah ditubuhkan yang terdiri daripada kalangan mereka yang berlatar-belakangkan agama.

Program seminar shusus akan dilaksanakan di seluruh negara, yang melibatkan sektor dan agensi kerajaan, sektor swasta, institusi kewangan, syarikat-syarikat korporat yang besar serta badan-badan berkanun.

Mengikut dakwaan mereka, ini adalah program pembaharuan minda yang khas kepada umat Melayu Islam dalam semua kumpulan. Ianya juga bertujuan menimbulkan kesedaran diri, mempertingkatkan amalan rohani dan memperjuangkan kebenaran.

Putar belit ajaran Islam

Kononya program ini adalah untuk menjelaskan peranan dan sumbangan Islam dalam konteks pembangunan negara Islam adanya jalinan hubungan dengan Allah ASW dan juga menjalin silaturahim sesama kikitangan serta pihak pentadbir.

Perlaksanaan program ini juga dikatakan bertujuan untuk memberikan penjelasan sebenar akan pengertian Islam tentang pembangunan negara, ia dikira satu tuntutan agama, kononnya selari dengan kehendak al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Mereka mendakwa, rata-rata rakyat negara ini telah disalah ertikan dan menolak pembangunan sebagai satu tuntutan agama yang mereka pelajari dari ceramah-ceramah jalanan yang tidak berhemah.

Mereka mengatakan bahawa dengan memahami penjelasan demikian nescaya dapat membentuk masyarakat Islam yang cemerlang melalui penghayatan nilai-nilai Islam yang sebenar.

Sebenarnya mereka mahu membentuk supaya semua pekerja dalam negara ini menyokong usaha-usaha Umno bagi mencapai matlamat wawasan 2020.

Mengikut dakwaan mereka, program ini adalah satu-satunya program ilmu yang boleh membentuk dan membina kesedaran di kalangan umat Islam di negara Malaysia ini. Melalui ilmu yang disampaikan, umat Islam diharapkan akan memahami bahawa dirinya itu adalah seorang pekerja yang soleh, dengan kerja yang sedang dilakukan itu akan membolehkannya mendapat ganjaran syurga.

Program seminar ini akan mempastikan seluruh kakitangan
kerajaan dalam negara ini sebagai jentera kerajaan dan Umno yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan dasar kerajaan Barisan Nasional, sekali gus memberi sokongan pasu kepada kerajaan Barisan Nasional.

Perancangan mereka ini sebenarnya menepati firman Allah
SWT menerusi ayat 112-113 surah al-An'am yang bermaksud : " Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, sesetengahnya membisikkan kepada sesetngahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarannya. Dan jika tuhanmu mengkehendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biolah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (daripada perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

"Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderung kepada bisikan itu, dan supaya disetujui oleh mereka, dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu."

Kini secara disedari atau tidak, mereka sedang membuka tembelang sendiri untuk didedahkan kepada umat Islam bahawa beberapa ajaran Islam dan isu agama sedang diputar-belitkan dengan cara yang menarik.

Mereka juga memesongkan ajaran Islam yang mulia dan suci, dengan urusan duniawi, tanpa memberi ruang kepada Islam berkuasa untuk mentadbir dan memandu sepenuhnya.

Bahkan yang paling ketara sekali bahawa Islam Hadhari bukan bertujuan untuk kepentingan Islam, tetapi adalah untuk kepentingan Umno.

Sumber: Harakahdaily

04 Disember 2008

PAS sudah 57 tahun

Tanggal 24 November lalu genaplah 57 tahun usia Parti Islam Se Malaysia atau PAS. Ditubuhkan pada tanggal berkenaan dalam tahun 1951 di Seberang Perai, parti itu yang diluluskan pendaftarannya pada 31 Mei 1955 dengan nombor pendaftaran 733 (Penang) telah melalui transformasi yang tersendiri, dari sebuah parti kecil yang dipandang lekeh oleh penjajah British, kepada sebuah parti yang mampu menang kerusi dalam Pilihan Raya Persekutuan yang pertama dalam tahun 1955 dan kemudiannya menawan dua buah negeri dalam pilihan raya umum pertama Malaya Merdeka pada tahun 1959, dan kini sebagai sebuah parti bertaraf nasional yang diwakili di setiap pelusuk tanahair dan diiktiraf diperingkat antarabangsa.

PAS telah melalui perubahan nama dalam tempoh lebih lima dekad usianya dari Persatuan Islam Se Malaya (awal penubuhan), ke Persatuan Islam Se Tanah Melayu (30 November 1963) dan kini Parti Islam Se Malaysia (sejak 21 Jun 1977).

Dalam meniti usia yang demikian lama, PAS kini sudah berjaya bertapak dihati rakyat, dikenali dan diakui kehadirannya oleh setiap lapisan masyarakat dalam negara, Cina, Melayu, India dan lain-lain semuanya kenal dan mengetahui darihal PAS. Dengan 3 orang Menteri Besar dan ADUN disetiap negeri kecuali Melaka, Sabah dan Sarawak PAS kini muncul sebagai satu tenaga politik yang disegani, dan dengan kerjasama politiknya melalui Pakatan Rakyat, PAS dan rakan-rakan kini merupakan alternatif yang sangat berupaya bagi mencabar Barisan Nasional diperingkat Persekutuan.

Tidak ada parti dibarisan pembangkang yang dapat bertahan dan kekal sebagaimana PAS. Parti Negara, Front Sosialis, IMP, MDU, NCP dan lain-lain semuanya berkubur, tetapi PAS terus benafas dan bergerak selari dengan arus kemajuan negara.

Sumber ketahanan PAS yang memungkinkan ia terus bertahan dalam menghadapi serba kekangan, tekanan dan cabaran sudah pastilah kerana berpegang teguh pada Islam yang merupakan dasarnya sejak dari 57 tahun dahulu sehingga ke hari ini. Allahyarham Hj Mohd Amin Yaakub, bekas AJK PAS Pusat (1979-87) di dalam bukunya “Sejarah pemerintahan PAS Kelantan 1959-1990” menyebut bahawa hukum tertinggi dalam PAS adalah kitabullah dan sunnah rasul serta qiyas dan ijmak. Ini termaktub dan terus kekal dalam perlembagaan PAS sejak tarikh tertubuhnya iaitu pada Fasal 4(1) perlembagaannya dan sejak 1993 beralih ke Fasal 7(1), Cuma beralih pada nombor fasal namun semangat dan pegangannya terus kekal tanpa berubah atau diubah.

Inilah asas yang membezakan PAS dengan parti siyasah lain dalam negara dan inilah juga kekuatan yang terus kekal membawa PAS sepanjang 57 tahun usianya sehingga ke hari ini dan insyallah sampai bila-bila.

Yang berubah adalah pemimpin, apabila ada pimpinan yang mahu membawa PAS lari dari arus Islam ke arus yang lain, termasuklah kebangsaan umpamanya, yang akan tergelincir keluar bukanlah parti tetapi pemimpin itu sendiri. PAS pernah melihat Presidennya, Setiausaha Agungnya dan pimpinan lain diberbagai peringkat lari meninggalkan PAS, namun parti ini terus kekal digantikan dengan pemimpin yang baru.

Presiden atau ketika itu Yang Dipertua Agung PAS yang pertama adalah Tuan Hj Ahmad Puad Hassan (1951-54) yang kemudiannya meninggalkan PAS kerana mahu bersama Dato Onn. Kemudiannya digantikan Dr Hj Abbas Illias (1954-56). Diikuti Almarhum Dr Burhanuddin al Helmy (1956-66), Dato Asri Muda (1966-82) yang meninggalkan PAS untuk menubuhkan parti baru Hamim dan kemudiannya menyertai Umno, Tuan Hj Yusoff Rawa (1982-89), Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor (1989-2003), dan kini Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.

PAS merupakan parti Islam yang meneruskan perjuangan parti Islam yang pertama di negara ini, iaitu Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh penjajah British pada tahun 1948. PAS bukan hanya membawa dasar perjuangan parti ini malah menurut John Funston, pimpinan terkanan PAS pun ketika itu terdiri dari pimpinan Hizbul Muslimin belaka.

Demikianlah PAS jatuh bangun, menang dan kalah, bertahan menghadapi cabaran dan pancaroba sehinggakan terdapat usaha menggugurkan “Islam” yang ada pada namanya, namun PAS terus kekal dan hari ini mencecah usia 57 tahun.

Inilah PAS, Parti Islam, yang telah berjaya melahirkan pimpinan yang dikagumi rakyat, pentadbiran yang bersih dan bebas rasuah, segalanya lantaran berpegang teguh pada Islam yang diperjuangkannya. Darah dan airmata mereka yang terdahulu telah ditumpahkan ke bumi bagi melahirkan PAS yang ada yang kita warisi pada hari ini. Oleh itu berpijak pada bumi yang nyata, junjuglah dasar dan prinsip perjuangan yang sama-sama kita pertahankan ini. Ada diantara kita yang bertarung awal atas gelanggang PAS ini sudah tiada bersama kita, malah ada yang ditemani oleh burung-burung hijau di syurga menunggu kita, janganlah kita persiakan apa yang telah dibina ini.

Bahawasanya dengan sesungguhnya adalah disiytiharkan demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesame manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL AMRU BIL MA’RUF WAN NAHYU ‘ANIL MUNKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan “PARTI ISLAM SE MALAYSIA”, demikianlah mukaddimah perlembagaan PAS, sama-samalah kita pertahan dan perjuangkannya.

Alfatihah kepada mereka yang telah mendahului kita, Alfatihah.
(* Sang Saka Merah Putih dengan bulatan hijau dipenjuru atas sebelah kirinya di atas adalah bendera resmi PAS, asalnya dengan kalimah ALLAH dan MUHAMMAD tetapi digugurkan atas arahan kerajaan)

Sumber dari Roslan SMS

23 Jun 2008

Setelah enam tahun, kehilangan Ustaz Fadzil masih terasa

Tanggal 23 Jun datang lagi. Sudah 6 tahun tarikh sedih ini bermula dengan pemergian dan kehilangan seorang baba dan suami kepada anak-anak serta isteri yang tercinta ke rahmatullah.

Dan kepada penyokong-penyokong serta pendokong-pendokong parti islam dalam negara jua luar negara juga merasai kehilangan tokoh ilmuan dan dan pemimpin sebuah jamaah yang mendokong perjuangan Islam ini.

Al-Marhum Fadzil bin Mohd Noor, sekiranya masih hidup, telah berusia 71 tahun pada 13 Mac yang lepas.

Namun dalam usianya 65 tahun, beliau meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman yang menyerangnya, susulan daripada pembedahan koronari di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pada jam 10.30 pagi.

Sejak kecil mengenali kematangan hidup, dan kematangan itulah yang dibawa hingga kini walaupun jasadnya sudah tiada.

Oh ya, ada sesuatu fakta yang perlu saya perbetulkan di sini iaitu selalu mereka yang menulis mengenai baba,bahawa beliau sejak kecil adalah anak yatim. Sebenarnya tidak.

Ayahnya meninggal dalam than 1972 dan ibunya meninggal dalam tahun 1997. Dan juga ketika hayatnya beliau tinggal di Alor Setar dan bukannya di Muassasah. Hanya tempat persemadian beliau sahaja di Muassasah seperti yang beliau wasiatkan.

Bermimpikan 'Baba'

ImageTerima kasih. Semua yang mengenalinya sudah maklum bahawa ketika hayatnya beliau sangat komited dengan apa yang diperjuangkan dan dilakukan dalam setiap perkara yang dilakukannya.

Perwatakannya yang kadang-kadang diam tetapi sangat prihatin dan kadang-kadang banyak bercakap, menjadi ingatan setiap yang mengenalinya. Bagi seorang anak, mewakili adik-adik, serta menantu juga cucu, dan terutamanya mama saya, tidak pernah lekang ingatan kami terhadap beliau.

Mimpi mama sering dikunjugi baba dan kami akan bermimpi baba sekiranya kami punya masalah atau terlalu rindukan beliau. Itu sahaja pengubat rindu kami.

Pemimpin datang dan pergi, namun seorang baba pasti dan tidak akan ada penggantinya. Berbalik kepada pandangan pendokong Islam, pemikiran dan kepimpinannya sangat dirasai.

Banyak perkara yang dilakukan, dengan kuasa Allah telah membuahkan hasil berkat usaha beliau dan sahabat-sahabat pimpinan yang lain dan semua pihak.

Seringkali saya ditegur kenalan-kenalan baba yang menyatakan mereka terasa kehilangan beliau. Saya hanya mampu tersenyum dan menghargai semua itu. Tetapi kadang-kadang terasa kehilangan sahaja tidak mencukupi.

Mengkagumi pemikiran beliau sahaja juga tidak mencukupi. Saya bukan yang layak menyatakan perkara ini, tetapi saya melihat, pemikiran beliau harus dilebar dan diperkembangkan lagi oleh kepimpinan yang ada.

Kepimpinan yang ada kini bagi saya sudah cukup dibanggakan, dan hebat dalam memimpin organisasi. Wajah-wajah muda beriringan dengan mereka yang sudah berpengalaman akan menjadikan Parti Islam Semalaysia makin dapat diterima kawan dan lawan.

"Pengorbanan perasaan yang paling sukar dilakukan,"itulah ungkapan Al-Marhum yang sering diluahkan.

Sebelum ini saya tidak begitu menghayati luahan hati tersebut, namun apabila saya berada dalam Nisa, Puan Mastura sering menyatakan ungkapan ini dalam perjumpaan kami.

Setelah mengharungi susah payah di dalam Nisa, saya makin mengerti ungkapan baba ini. Beliau sebenarnya meluahkan apa yang terbuku di hatinya dengan melontarkan ungkapan tersebut.

Memang benar pengorbanan harta benda, wang ringgit, tenaga serta masa bukan sesuatu yang sukar untuk diberi, namun perasaan amatlah sukar untuk dikorbankan.

Kini saya makin mengerti, kenapa baba diam apabila orang mempertikaikan keputusannya dan kenapa beliau juga tersenyum apabila orang tidak berpuas hati dengan sesuatu tindakan.

Jarang sekali beliau membebel di rumah bercerita mengenai masalah dalaman parti, kerana baba perlukan hiburan di rumah iaitu kasih sayang dan bebelan mama dan anak-anak. Itu yang membahagiakannya.

Beliau tidak perlukan perbahasan politik di rumah, kerana sakit yang dirasai dalam hati, dipendam dan dikorbankan ego serorang pemimpin. Kami mungkin tidak mengetahui bagaimana beliau berhadapan dengan suasana politik yang sebenar ketika itu dan mungkin anda semua yang lain lebih mengetahuinya.

Lempar dengan batu,dibalas bunga

Namun kami memerhati siapa sahaja yang ber'deal dengannya.Kami memerhati sikap orang terhadapnya, dan bagaimana reaksi beliau terhadap segala sikap itu. Dan di situ kami belajar banyak perkara.

Saya tidak pasti apa yang orang lain belajar daripada pemikiran beliau tetapi saya belajar ungkapan yang saya sebutkan tadi. Pengorbanan perasaan dalam jamaah sangat sukar dilakukan.

Ada kalanya kita memberi bunga, kita dilemparkan dengan batu. Dan ketika itulah , adakah kita akan bertindak dengan membaling batu juga? Kerana itulah terdengar pulak ungkapan oleh YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekiranya orang lempar batu pada kita, kita balas dengan bunga. Dan ketika itulah pengorbanan perasaan dilakukan. Adakah anda mengerti ranataian ungkapan-ungkapan ini?

Kematangan dalam kepimpinan politik,keterbukaan, kasih sayang, pandai menghargai adalah antara watak-watak beliau yang saya secara peribadi mengakagumi beliau.

Kepetahan berpidato adalah pelengkap dirinya yang dimanfaatkan sepenuhnya dalam menjalani tugasannya sebagai Ketua Pembangkang dan ahli dewan undangan negeri dan ahli parlimen.Kini saya merindui kepetahan itu di kalangan sahabat-sahabat beliau di dalam Parlimen.

Sudah pasti al-marhum berasa gembira dengan kemenangan PAS dan rakan kongsi PAS yang lain, dan sekiranya itu, beliau juga dan sudah pastinya pemimpin terdahulu tidak mahu kita semua mempersiakan peluang yang sudah diberi Allah.

Pemikiran beliau dan mereka yang telah pergi, mestilah digarap bersama dengan pemikiran yang ada kini supaya tampak parti yang didokong ini maju dari segi kematangan politik serta akhlaq yang baik. Ketika senang, ujiannya pasti lain dan lebih menguji diri.

Saya sebagai anak pasti merasa bangga dengan beliau tapi saya lebih merasa bangga sekiranya pemikiran beliau bukan sahaja diwacanakan TETAPI diaplikasikan bersama untuk maju ke depan. Terima kasih kepada anda semua yang menjadi penyambung warisan kepimpinan dan teruskanlah usaha-usaha yang baik.

Kami semua mungkin tidak mampu menjadi seperti anda yang berada secara langung dalam arena politik kerana jawatan dan kepimpinan bukannya warisan turun temurun tapi percayalah darah yang mengalir di dalam tubuh al-marhum ada dalam diri kami, dan secebis kata baba, kebaikan dan dakwah boleh dilakukan dalam setiap perkara.

Tidak terhad kepada politik sahaja, tapi akedemik, kekeluargaan dan apa jua yang bidang yang diceburi.Buat yang terbaik dan yang termampu. Sudah pastinya kami bersama anda semua, insya-Allah, dan pesanan itu yang dipegang sehingga kini.

Terima kasih kepada En Rashidi yang meminta dituliskan sesuatu pada hari ini untuk disiarkan di Harakah.Dan kepada Dato' Kamarudin Jaafar dan Pimpinan PAS yang lain, serta sabahat baik baba, Pak Cik Ismail Mina, sekalung penghargaan dan terima kasih kerana sudi untuk menganjurkan Majlis Tahlil beliau walau tarikh terpaksa dienjak sedikit.

Dan ucapan terima kasih khusus mewakili mama saya yang kini berada di Mesir dan kami sekeluarga untuk Pak Cik Latif, bekas peneman Al-Marhum yang ditugaskan membawa kereta baba ketika hayatnya, yang hingga kini tidak pernah lupakan kami semua dan tidak pernah berhenti bertanya khabar kepada kami. Itu sudah cukup membahagiakan kami.

Dan kami mengucapkan terima kasih di atas doa dan ingatan semua anda di luar sana , para pencinta Islam, para penyokong, para sabahat dan sesiapa sahaja terhadap beliau. Tidak terbalas jasa anda semua terhadap semua ingatan itu. Permohonan maaf jua dihulurkan sekiranya ada kesalahan yang dilakukan ketika hayatnya.

Dan kepada baba, biar bertahun lagi hidup kami di dunia ini, dirimu tak pernah kami lupakan dan setiap detik, baba ada di dalam jiwa kami dan pasti kami berdoa kita dapat berkumpul bersama seperti dahulu untuk berjumpa Allah di akhirat sana.Al-FATIHAH.

* Muna Izzah Fadzil adalah anak perempuan almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor. _

Sumber: HarakahDaily

24 Mei 2008

Hari Ini Malaysia Kehilangan 0.2 Hektar Buminya

Pulau Batu Putih - Akhirnya menjadi milik Singapura!

Oleh Mohd Sayuti Omar

MUNGKIN tidak ada seorang pun dari kira-kira 26 juta rakyat Malaysia menangis setelah menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang telah memutuskan bahawa Pulau Batu Putih kini sudah menjadi milik Singapura.

Bahkan mungkin ada rakyat Malaysia yang tidak menahu mengenai apa yang belaku di The Hague di Belanda hari ini. Apa itu Batu Puith atau Perda Blanca, atau di mana terletaknya South Ledge (Terumbu Karang Selatan) dan Middle Rock (Terumbu Karang Tengah).

Sebaliknya mungkin ada di kalangan rakyat negara ini yang tumpang bergembira dengan keputusan ICJ yang memberi hak kedaulatan Batu Putih kepada Singapura itu?

Rakyat negara kita bagaikan tidak peduli berhubung pertikaian ke atas pulau berkenaan yang berlaku sejak 28 tahun lalu.

Generasi muda maupun generasi tua seakan membiarkan saja pertikaian itu kepada pihak kerajaan bersendirian tanpa ada usaha dan komitmen bersepadu daripada seluruh rakyat.

Misalnya kita tidak pernah terdengar rakyat negara ini bangkit menyatakan keprihatian mereka ke atas pulau berkenaan baik menerusi aksi fizikal maupun secara berdoa.

Tidak ada apa-apa reaksi dalam hal ini.

Untuk sama-sama ke The Hague bagi mendengar perbicaraan tidak mungkin. Orang kita bukan saja miskin kewangan tetapi juga miskin semangat. Adakah mana-mana NGO kita yang kononnya kuat berjuang untuk nusa dan wangsa menghantar wakil ke Belanda?

Saya terkesan keimanan kita dalam menjaga watan ini sangat nipis dan naif. Bukan saja dari kalangan rakyat, tetapi pihak Kerajaan sendiri juga.

Misalnya sebelum keputusan dibuat di Belanda petang tadi umat Islam yang baligh dan mukalaf ke masjid untuk sembahyang Jumaat tidak pun digerakkan untuk memberi sedikit perhatian kepada isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih itu.

Sepatutnya khutbah hari ini menyentuh mengenai apa yang bakal berlaku di Belanda itu. Para khatib patut membaca khutbah mengenai kedaulatan negara dan kasih kita kepada watan tujuannya memberi semangat dan rangsangan.

Sebaliknya apa yang belaku di masjid tempat saya menunaikan solat Jumaat hari ini (dan saya percaya di seluruh masjid dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membaca teks khutbah sama) khatib membaca khutbah yang langsung tidak ada kena mengenai dengan isu yang berlaku ahri ini.

Tajuk khutbah di hari ini ialah “Cinta Terlarang” menghuraikan bahaya dan jijiknya cinta terlarang. Teks itu tidak sedikitpun menyentuh apa yang berlaku di Belanda.

Khatib juga di dalam doanya sebelum mengakhiri khutbah tidak sedikitpun mendoakan meminta agar keputusan berpihak kepada kita.

Inilah yang saya katakan bangsa kita terlalu miskin iman terhadap negara baik di kalangan mat rempit maupun yang menjadi penunggu masjid. Keimanan masing-masing senipis kulit bawang?

Apa salahnya kalau masjid mengajurkan solat hajat memohon agar keputusan ICJ berpihak kepada kita. Namun ini tidak pernah berlaku dan lupa untuk dilakukan. Apakah kita semua sudah tidak percaya kepada doa dan usaha secara kerohanian?

Begitu juga dengan parti Pas yang terkenal dengan usaha dan ikhtiar menerusi solat hajat juga tidak menganjurkan solat hajat untuk Batu Putih.

Apakah Pas merasakan bukan tangungjawabnya untuk berbuat demikian. Atau kerana masing-masing kini sedang berebut untuk menjadi PM maka hal-hal yang lebih penting menyentuh soal maruah bangsa dan negara terabai begitu saja.

Apapun hari ini Malaysia kehilangan 0.2 hekatar buminya!

19 Mei 2008

Jernihkan Fikrah Sebelum Berdakwah - Ustaz Hasrizal Jamil

Gambar Hiasan

“Saya mahu sertai program PAS, program JIM, program ABIM dan ikut Tabligh keluar sebab saya sudah bosan dengan perpecahan”, kata seorang anak muda kepada saya.

Saya mengangguk.

Kemudian menggelengkan kepala.

Saya bersetuju dengan keluhannya bahawa kita semua sudah bosan dengan perpecahan. Tetapi saya menggelengkan kepala kerana tidak bersetuju dengan formulanya untuk mengatasi perpecahan itu.

“Tentu sahaja idea itu baik dan saya menyokongnya, jika anda meletakkan diri sebagai penyokong dan kekasih Islam”, saya cuba menjelaskan sebab saya menggelengkan kepala pada separuh kedua kenyataan pelajar tersebut.

“Tetapi jika anda seorang pendokong dan kekasih yang berkasih dengan Islam, anda harus lebih teliti, rasional dan realistik”, saya menyambung.

“Maksud ustaz?”, tanyanya kepada saya.

Asalnya saya kurang berminat bercakap tentang hal ini. Terserahlah kepada anak-anak muda ini untuk mencari cara terbaik bagi mereka ‘menolong agama Allah’. Tetapi option yang terlalu terbuka menyebabkan mereka meraba-raba di bawah sinar mentari, bukan purnama.

“Izinkan ustaz membuat satu analogi”, saya cuba memudahkan perbualan.

KOMITMEN KERJA

“Jika kita seorang pengguna ubat gigi, kita bebas untuk memilih ubat gigi yang sesuai dengan keperluan kita. Pilih sahajalah mana-mana ubat gigi yang ada di pasaran kerana semua ubat gigi itu umumnya berkongsi tujuan… memutih dan menyihatkan gigi kita…

… tetapi jika kita bekerja sebagai seorang pegawai penyelidik di sebuah kilang ubat gigi, atau pegawai pemasaran, malah pekerja subordinate di kilang tersebut, adalah mustahil untuk syarikat kilang itu membenarkan anda pada masa yang sama bekerja di syarikat ubat gigi yang lain!”, saya menyudahkan penjelasan.

“Kenapa pula?”, tanyanya dalam kekeliruan.

“Aih… takkan tanya ‘kenapa pula’? Anda akan bertindan waktu kerja, anda akan bertindan strategi pemasaran, anda akan bertindan pelbagai kepentingan dan siapakah yang akan anda berikan keutamaan?”, saya agak terkejut dengan kekaburan fikiran beliau.

“Setiap kumpulan Islam, mempunyai maksud dan tujuan besar yang sama. Tetapi malangnya mereka berbeza jalan dan pendekatan hingga ada yang bertembung dan bertentangan. Ada yang mahu sampai kepada Islam dengan memanfaatkan ruang di dalam demokrasi, ada yang mahu sampai kepada Islam dengan berperang berpatah arang dengan demokrasi… itu contohnya”, saya menyambung.

“Ada kumpulan yang menganggap penglibatan dan keprihatinannya terhadap persoalan siasah dan isu semasa sebagai suatu kelebihan, manakala ada kumpulan yang menganggap pendirian non partisannya sebagai prinsip yang mesti dipertahankan. Maka, anda boleh menghadiri program semua kumpulan ini, jika kehadiran yang anda maksudkan itu adalah sebagai peserta program umum, outreach dan anda hadir sebagai orang yang hanya mahu menerima. Bukan memberi!”, tambah saya.

“Dan ustaz sering mengingatkan kami bahawa penglibatan kita di dalam dakwah harus untuk memberi, bukan menerima, betul tak?”, tanyanya.

“Yang ini ustaz angguk 100%”, saya tersenyum.

MEMBERI DAN MENERIMA DI DALAM DAKWAH

Dalam beragama dan berdakwah untuk menolong agama, apa yang perlu kita fikirkan bukan hanya pada soal apa manfaat yang kita dapat. Jika itu sahaja yang menjadi pertimbangan kita, maka tidak hairanlah kita ini mungkin menjadi orang yang paling banyak tahu, tetapi tidak berguna dan bernilai di sisi Islam, kerana tiada keinginan memberi.

Seronok mengaji tetapi tidak sampai kesedaran tentang tuntutan mengajar.

Kata Nabi SAW:

“Sebaik-baik kamu adalah dia yang paling bermanfaat kepada manusia”

Maka seorang mukmin yang mengikut jalur kenabian akan segera mahu memberi sejurus selepas menerima, apatah lagi dalam soal-soal kebaikan:

“Tidak sempurna iman sesiapa dari kalangan kamu sehingga dia itu suka untuk saudaranya, apa yang disukainya untuk diri sendiri”

Dalam erti kata yang lain, penglibatan seseorang di dalam sebuah gerakan Islam, bukan hanya dengan maksud mahu menjadi penyokong, pengambil manfaat, penerima semata-mata, tetapi mahu bergerak setapak lagi ke depan dengan menjadi pendokong, penyumbang manfaat dan pemberi pula.

Apabila seseorang itu mahu menjadi pendokong, penyertaannya bersama sebuah gerakan Islam haruslah atas dasar kebersamaan, saling percaya mempercayai, atau dengan bahasa yang lebih kemas, dengan merujuk kepada rukun-rukun komitmen yang disebut sebagai arkaan al-bai’ah yang sepuluh oleh Hasan al-Banna.

Justeru, tidak mungkin di peringkat taaruf menuju takwin, untuk seseorang itu menjadi anggota sebuah kumpulan Islam, dan dalam masa yang sama turut menganggotai kumpulan-kumpulan yang lain, dengan alasan mahu mengambil manfaat sebanyak mungkin.

Kebarangkalian dari segi strategi bergerak, mungkin ada ruang yang membolehkan. Ramai sahaja ahli JIM yang turut menjadi aktivis PAS. Ada sahaja aktivis PAS yang dipinjamkan ke PKR dalam pilihanraya. Tetapi ini bergerak di dalam kerangka siasah, tidak dalam agenda tarbiyah.

Oleh yang demikian, idea ‘pelik’ sesetengah kita yang memilih JIM supaya boleh menyokong PAS tanpa risiko, harus disemak semula, terutamanya di kalangan warga menara gading. Itu idea politik, bukan idea tarbiyah.

Tarbiyah itu ialah proses mengacu dan membentuk, sebelum diguna pakai di lapangan yang pelbagai termasuk siasah. Maka proses pembentukan fikrah tidak akan berhasil jika tajarrud dalam pemikiran tidak dibentuk. Pemikiran akan lebur dan mencetuskan krisis identiti dan fikri.

Akhirnya kita sendiri tidak tahu apa yang kita tahu dan tidak tahu apa yang kita percaya. Amal bagaimanakah yang boleh terbit dari kekaburan fikrah dan kepercayaan seperti ini?

Era pentarbiyahan itu adalah era pembentukan(takwin). Ia seumpama kilang untuk menghasilkan sesuatu produk. Kilang melahirkan da’ie.

Jika dipinjam analogi ubat gigi itu tadi, maka di atas rak pasar raya, sepuluh jenama ubat gigi boleh duduk sebelah menyebelah dan terpulang kepada pengguna untuk memilih atas pertimbangan masing-masing.

Tetapi semasa ubat gigi itu di kilang masing-masing, tidak mungkin formula ubat gigi Colgate dicampur dengan formula Sensodyne lalu dikotakkan dengan pakej Darlie. Di kilang Colgate, semuanya harus Colgate. Campur aduk yang tidak menentu dalam menghasilkan produk ubat gigi, hanya akan menyebabkan pengguna keliru dan membuat kesimpulan mudah bahawa ubat gigi Colgate berkotakkan Darlie ini bukanlah kombinasi formula, tetapi ubat gigi palsu semata.

Seorang aktivis JIM itu perlu jelas pada kefahaman dirinya apakah yang menjadikan dirinya itu seorang ahli JIM. Soal komitmen, kepercayaan, menjaga kerahsian, dan tanggungjawab dilaksanakan secara ‘yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’.

Begitu juga dengan aktivis PAS. Penyertaannya di dalam gerakan Islam itu harus atas dasar al-fahmu, memahami dan menghayati fikrah dan perjuangan PAS, serta sama-sama mendokong gerak kerja yang diputuskan bersama. Apakah beza pemikirannya dengan kumpulan lain seperti Hizb al-Tahrir atau ABIM, ia harus jelas dan terbina secara tersusun lagi kemas melalui agenda tarbiyah masing-masing.

TITIK PENYATUAN

Di manakah soal kerjasama dan penyatuan itu boleh berlaku?

Atas dinamika fikrah masing-masing, sikap (attitude) yang positif, kecenderungan kepada titik persamaan mengatasi perbedaan, di situlah kerjasama harus dibina.

Halangan kerjasama, bukanlah pada berbeza jemaah atau berlainan fikrah. Musuh kerjasama dan perpaduan ialah SIKAP dan SERKAP. Serkap fikiran berupa prasangka dan andaian di zon selesa masing-masing.

Akan tetapi, cabaran akan menjadi lebih kritikal jika cubaan penyatuan dibuat di atas kekaburan dan kekeliruan. Tidak memahami apa yang menjadikan JIM itu JIM, PAS itu PAS, lantas mencadangkan titik yang tidak kena dengan realiti.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, tentukan dahulu apa yang kamu percaya, siapa diri kamu, dan di situlah bermulanya usaha besar untuk kerjasama dan penyatuan yang diimpikan.

Fikrah saya jelas dan di atas kejelasan itu, saya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk pergi ke mana-mana program, bekerjasama dengan sesiapa sahaja dan seterusnya membantu pada apa yang boleh dibantu. Semuanya harus didahului oleh usaha menentukan apa yang kita percaya lantas menentukan siapa kita.

DALIL

“Tak ada dalil ke ustaz? Main logik akal sahaja?”, tanya pelajar tersebut.

“Ini common sense. Pemikiran yang tidak logik, adalah musuh kepada dalil! Betulkan cara berfikir sebelum meminta dalil.”, itu sahaja yang mampu saya jawab buat masa ini.

Ayuh kemaskan fikrah, untuk kelancaran dakwah.

Sumber dari SaifulIslam.com

05 Mei 2008

Hanya Islam yang dapat angkat martabat Melayu - Presiden PAS

PAS yakin bahawa martabat, keutuhan dan jatidiri bangsa Melayu hanya dapat diselamatkan melalui Islam, kata Presidennya, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.


"Hanya apabila orang-orang Melayu kembali dan berpegang teguh kepada Islam, maka ketika itu barulah bangsa ini dapat memperolehi keselamatan di dunia dan juga di akhirat.

"Sebarang usaha samada sengaja ataupun tidak untuk meninggal atau meminggirkan Islam akan mengakibatkan bangsa ini tidak selamat di dunia, apalagi di akhirat," katanya dalam satu kenyataan rasmi parti hari ini.

Masalah umat Melayu selama ini berpunca dari tindakan mereka meninggalkan kewajiban meletakkan Islam dilandas yang sebenar, katanya.

Malah kedudukkan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pun tidak dihargai, ujarnya.

PAS merasakan masalah umat Melayu berpunca dari sikap Umno yang telah meneruskan pembelengguan terhadap Islam yang diamalakan oleh penjajah British.

"Umno menerima kuasa dengan menambahkan lagi ikatan-ikatan yang sebenarnya telah menyekat taraf dan kedudukan Islam dan mengelirukan bangsa Melayu.

"Tindakan ini telah merosakkan pemikiran orang Melayu sehingga menjadikan mereka seolah bertuhankan Umno. Malah orang Melayu sehingga beranggapan yang Umno lah segala-galanya, yang memberikan rezeki dan memajukan mereka," tegasnya.

Umno lah yang sesungguhnya telah menghakis beberapa ciri-ciri tamadun Islam yang sedia terbentuk dalam masyarakat Melayu sebelum ini, katanya.

"Di antaranya ciri ilmu, di mana Umno lah yang bertanggungjawab menghapuskan penggunaan dan penagajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, mengawal pengajian agama di masjid-masjid termasuklah khutbah-khutbah Jumaat, semata-mata untuk kepentingan politik mereka yang telah mengakibatkan kefahaman agama orang Meayu semakin longgar dan lemah," katanya.

Bagi PAS sekiranya agenda pemuafakatan dan penyatuan umat Melayu mahu dilangsungkan, maka ianya mestilah mengambil kira dan menceduk dari model yang telah dibentuk dengan jayanya oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Ujarnya, Rasulullah s.a.w telah berjaya menyatukan kabilah-kabliah Arab di zamannya dengan Islam dan bukannya melalui nasionalisam atau semangat kebangsaan Arab.

PAS percaya orang Melayu akan dapat diangkat martabat mereka kiranya mereka serius menjadikan Islam sebagai pegangan, dasar dan matlamat hidup, katanya.

Sumber: Harakahdaily

12 Mac 2008

Perintis Sebenar Kemenangan Rakyat 8 Mac Lalu Adalah Al-marhum Ustaz Fadzil Noor

Ditulis oleh Faizal Tehrani

Pendahuluan


Untuk penggerak dan peneraju gerakan Islam di Malaysia, siri kuliah 'Aqidah dan Perjuangan' oleh Ustaz Fadzil Noor yang kemudian dibukukan oleh Dewan Pemuda Pas Pusat adalah satu monumen; seakan-akan manifesto perjuangan yang mesti dibaca.

Lapan tahun Presiden PAS, dan Ketua Pembangkang yang berkaliber Dato' Fadzil Mohd Noor sudah pergi meninggalkan kita.

Lapan tahun itu sebenarnya masih terlalu muda kerana hanya minggu lalu kita mengecapi 'kejayaan' yang sebetulnya dirintis oleh almarhum. Tanpa menafikan Anwar Ibrahim sebagai pemangkin kejayaan Barisan Rakyat baru-baru ini, ustaz Fadzil Noor adalah insan yang pertama memungkinkannya.

Buat mereka yang masih muda dan tidak pernah mendengar nama beliau, ustaz Fadzil atau Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah. Moyang arwah adalah Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi yang merupakan seorang ulama’ terkenal di Kedah asal Patani.

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978). Semasa memimpin ABIM, 'aspirasi rakyat yang baru kita kenal manisnya 8 Mac lalu' telah pun diharung dengan penuh kepahitan oleh Ustaz Fadzil Noor. Sebelum Tian Chua, Mohamad Sabu, dan pimpinan Hindraf pandai berdemonstrasi ustaz Fadzil telah turut terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah pada tahun 1974. Ketika Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA di Kamunting dari tahun 1974 hingga 1976, Ustaz Fadzil Noor menjadi Pemangku Presiden ABIM.

Al-marhum telah menjadikan perjuangan membela rakyat sesuatu yang sebati. Dan itu bukan hanya kata-kata kerana Ustaz Fadzil Noor pernah ditahan dua kali oleh pihak polis. Kalau tidak silap saya hujung tahun 1970an, ketika beliau sedang berucap dalam suatu majlis ceramah di Kg Seberang Takir, Terengganu, tiba-tiba pihak polis mengumumkan bahawa ceramah tersebut adalah perhimpunan haram. Turut hadir dalam ceramah itu adalah Ustaz Abdul Hadi Awang, Mustafa Ali dan Ustaz Fadhullah Shuaib. Tanpa menghiraukan amaran tersebut, Ustaz Fadzil Noor meneruskan ceramahnya. Beliau tidak lain tidak bukan adalah aspirasi dan inspirasi pimpinan Barisan Rakyat hari ini yang beria-ia memperjuangkan perhimpunan aman di bawah satu sistem demokrasi yang adil.

Oleh kerana kedegilan Ustaz itu polis telah menahannya berserta penceramah lain. Mereka bermalam di lokap. Dan penangkapan itu telah meledakkan kemarahan di Kuala Trengganu jauh lebih lama sebelum berlaku peristiwa Batu Buruk tahun lalu. 15,000 orang ahli dan penyokong PAS telah berkumpul di luar kawasan balai polis Kuala Terengganu bagi mendesak pemimpin mereka dibebaskan segera. Hasil perundingan dengan pihak polis Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin yang ditahan dalam lokap tersebut dibebaskan tanpa sebarang tindakan.

Beliau juga ditahan oleh pihak polis dalam satu ceramah di Jerlun, Kedah. Seingat saya ia berlaku ketika peristiwa pertelingkahan antara pimpinan PAS dan UMNO mengenai Muassasah Darul Ulum. Ustaz Fadzil Noor telah ditahan semasa berceramah bersama-sama YDP PAS Kawasan Jerlun pada waktu itu, dan dikenakan ikat jamin. Kes tersebut dibawa ke mahkamah tetapi digugurkan setengah jalan berikutan kematian Hj. Shaari.

Mengapa saya katakan Ustaz Fadil sebagai perintis kemenangan rakyat 8 Mac lalu?

1. Barisan Rakyat Mendapat Semangat Beliau

Tatkala Tuan Guru Yusof Rawa uzur dan terpaksa melepaskan jawatan Yang Dipertua PAS, Ustaz Fadzil Noor telah memikul beban paling besar, mara ke hadapan untuk mengambil alih kepimpinan di tengh-tengah tragedi Memali. Dalam sejarah kebangkitan rakyat bagi konteks Malaysia (yang dikecapi manisnya generasi baru 8 Mac lalu), peristiwa Memali adalah suatu peristiwa hitam yang merupakan penindasan kuasa angkuh.

Sebagai antara pembantu Prof Zulkifli Muhammad sebelum itu ustaz sudah pun secara terbuka menerima idea PAS bersekutu dengan kaum-kaum bukan Melayu. Kita semua tahu Prof Zulkifli adalah pemimpin PAS pertama yang mencadangkan agar PAS menerima kaum Cina dan orang bukan Islam sebagai ahli bersekutu PAS.

Dengan idea dan wawasan ustaz Fadzil lah maka beliau menggerakkan pakatan CCC, di mana PAS mulai berjinak-jinak dengan kaum bukan Islam. Barisan Rakyat yang disifatkan oleh Haji Husam sebagai buta warna (kerana rakyat tidak mengira apa ia merah, hitam atau hijau) 8 Mac lalu beroleh manfaatnya dari kerja-kerja awal ustaz inilah.

2. Kebijaksanaan Politik Melampaui Zaman

Idea tahaluf siyasi adalah suatu kebijaksanaan politik yang dikemukakan oleh ustaz Fadzil Noor di mana beliau menunjukkan contoh dengan mewujudkan pakatan bersama Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh dalam Angkatan Perpaduan Ummah.

Kalau tidak kerana tahaluf siyasi ini, hampir sukar untuk PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 dan menguasainya sehingga 8 Mac lalu.

Kebijaksanaan politik beliau jugalah yang membolehkan gejala reformasi ekoran pemecatan Anwar Ibrahim dicetuskan. Jika pemimpin PAS tidak campur tangan serta terlibat 'membantu' Anwar Ibrahim, sukar untuk Anwar mendapat momentum reformasi yang terus ditunggangnya sehingga 2008. Ini menunjukkan Ustaz Fadzil memilih essence Islam iaitu membantu dan menghulur tangan kepada 'golongan yang tertindas'. Tanpa mengendahkan suara-suara bantahan dalam PAS yang resah, bimbang, dan gerun dengan hubungan akrab Anwar dengan 'Amerika Syarikat', ustaz Fadzil melakukan tindakan nekad, iaitu melihat masa depan dari konteks tempatan.

Ustaz Fadzil adalah orang yang menubuhkan GERAK, dan dengan GERAK itulah beliau merintis penubuhan Barisan Alternatif yang merupakan satu tahaluf siyasi ke arah pembentukan Malaysia Baru. Waktu itu, Anwar sudah berada di dalam penjara. Wan Azizah 'terkontang-kanting' untuk menjaga momentum reformasi yang makin merosot menjelang turunnya Mahathir. Jika tidak kerana ustaz Fadzil yang merintis kerjasama ini, Parti Keadilan sudah lama hanyut dan berkubur. Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, GERAK dilancarkan pada 27 September 1998 di Markaz Tarbiah, Taman Melewar. Puluhan ribu rakyat dan ratusan wartawan dari dalam dan luar negara hadir ke majlis pelancaran tersebut.

Dalam Muktamar PAS ke-45 pada Mei 1999, Ustaz Fadzil Noor menegaskan:

”Kejayaan PAS menggabungkan parti politik dan NGO dalam satu gerakan yang disebut Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK, cukup untuk membuktikan keupayaan kepimpinan PAS menerajui kebangkitan rakyat di negara ini”

Kerjasama Parti Keadilan dan PAS, membawa hasil yang begitu besar kepada PAS dan perjuangan Islam pada pilihanraya 1999. Kebijaksanaan tersebut membolehkan PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya menubuhkan kerajaan di Terengganu.

Juga kebijaksanaan ustaz telah melunakkan imej Islam sehinggakan YB Tian Chua yang ketika itu merupakan Naib Pengerusi Keadilan, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting pernah berkata pada tahun 2001 bahawa tidak akan adanya ISA dalam sebuah negara Islam – menyarankan bahawa negara Islam adalah serasi sepenuhnya dengan demokrasi, kemajmukan, hak asasi manusia, hak wanita, kepelbagaian budaya, pembangunan dan pemodenan.

3. Pemimpin Tidak Lupa Sejarah

Sebagai pemimpin yang bijak pendekatan tahaluf siyasi yang dikemukakan oleh Ustaz Fadzil Noor itu sebenarnya tidak terbit dari vakum. Ia adalah kerana kepimpinan terbuka dan sederhana Tuan Guru Yusof Rawa, pimpinan sebelumnya.

Tiada siapa dapat menafikan Tuan Guru Yusof Rawa adalah pemimpin yang bertanggungjawab membuka ruang bagi pemimpin pelapis PAS dengan gagasan 'pakatan politik untuk memenangkan dakwah dan politik Islam' ini. Idea persekutuan dengan kaum Cina sehingga tertubuhnya CCC adalah hasil sokongan Tuan Guru Yusof Rawa.

Mengambil kira itu, Ustaz Fadzil Noor seorang pimpinan yang merenung sejarah dengan tekun di mana beliau tahu juga PAS adalah berakarumbi daripada perjuangan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol. Hizbul Muslimin adalah usaha Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Ustaz Fadzil tahu keberanian dan sikap terbuka Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang bertanggungjawab merintis pelbagai tahaluf siyasi menerusi PEPERMAS, MATA, LEPIR dan seumpamanya dijadikan model baru bagi perjuangan PAS yang telah diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor.

Ustaz Fadzil juga sedar beliau harus meminjam keberanian Dr. Burhanuddin Al-Helmy yang berjaya menggabungkan lebih 80 buah parti dan persatuan Melayu dalam sebuah gerakan bernama PUTERA. Gerakan PUTERA ini berusaha menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Idea PUTERA inilah yang memberi ilham kepada Ustaz Fadzil Noor untuk mewujudkan gabungan lebih 80 buah parti politik dan NGO melalui GMI untuk mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang warisan penjajah, iaitu ISA. Jika tidak kerana apa yang dirintis oleh PAS ini, Bersih, gerakan untuk memberi kuasa kepada rakyat bagi menentang ketidakadilan dan penyewengan demokrasi belum tentu menjadi kenyataan. Bersih kemudiannya menjadi Barisan Rakyat yang menghukum parti tertentu dalam pilihanraya baru-baru ini.

4. Menjadikan Poros Islam Political Force

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO satu masa dahulu menjadi luka buat penyokong gerakan Islam. Peranan mengenengahkan Islam itu terpaksa diambil alih oleh Ustaz Fadzil Noor.

Menyedari itu, PAS dibawah ustaz Fadzil juga menyedari bahawa untuk menjadikan Islam relevan di dalam masyarakat majmuk, inti pati Islam lah yang perlu diketengahkan. Falsafah dan bumbu Islam yang universal dan sentiasa munasabah sepanjang zaman perlu dijunjung. Ustaz Fadzil adalah insan yang bertanggungjawab meminggirkan suara-suara Islam legalitas yang berwajah wahabi dengan penuh bijak untuk menjuarai Islam aktual berteraskan waqi atau keadaan setempat. Beliau telah bertanggungjawab untuk bersetuju Manifesto Bersama Barisan Alternatif dalam pilihanraya tahun 1999.

Untuk itu PAS bersetuju menggugurkan idealisme penubuhan negara Islam dalam konteks pakatan Barisan Alternatif kerana: a. Tidak berbangkit soal negara Islam dalam Manifesto; b. Tidak boleh memaksa ideologi PAS ke atas rakan dalam pakatan; c. Dalam komposisi rakyat negara ini, tidak ada parti boleh memerintah secara bersendirian; dan e. PAS perlu berkerjasama dengan rakan pakatan BA atas perkara- perkara yang sudah dipersetujui.

PAS telah bersetuju untuk memberi tumpuan kepada isu-isu yang membabitkan soal keadilan, demokrasi, kebebasan, penyelewengan kuasa, rasuah dan sebagainya sebagai agenda utama untuk perjuangan pakatan Barisan Alternatif.

Tidak ada kebijaksanaan dan keberanian Datuk Fadzil Noor yang dapat ditandingi oleh pemimpin Barisan Rakyat hari ini. Beliau telah melihat dengan bijak bahawa retorik dan cogan kata tidak penting tetapi 'isi'lah yang menjadi keutamaan.

Dengan persefahaman untuk memperjuangkan keadilan, demokrasi, kebebasan, penyelewengan kuasa, rasuah dan sebagainya bersama DAP; parti kiri berteras kaum itu secara tiada sedar telah menerima essence Islam. DAP 'diasuh' memahami yang negara Islam secara praktiknya adalah negara berkebajikan yang berteras agama, yang agama itu pula membela hak asasi dan menyebelahi golongan tertindas.

Penutup

Perjuangan PAS dan Ustaz Fadzil Noor dalam menggerakkan pemurnian semula penyelewengan demokrasi termasuk pelbagai akta yang menyekat dan mencabul hak asasi rakyat di negara ini adalah tunggak kejayaan rakyat baru-baru ini.

Rakyat yang melakukan perubahan 8 Mac lalu mesti kenal bapa kebangkitan ini: Ustaz Fadzil Noor. Pemimpin yang ada sekarang, baik sebesar manapun beliau hanyalah penerus sahaja. Tanpa usaha al-marhum ustaz, hampir tidak terfikir Barisan Rakyat berada di kedudukan ini.

Untuk jasa dan sumbangan ustaz Fadzil Noor kerana menggerakkan barisan rakyat, yang hasilnya dituai oleh sebahagian besar rakyat pada 8 Mac lalu, moleklah jika pembaca beragama Islam menghadiahkan al-fatihah untuk al-marhum.

al-Fatihah.

25 Januari 2008

Berperanglah di jalan Allah

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

FIRMAN Allah s.w.t: Dan berperanglah kamu sekalian di jalan Allah, dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 244)

SYEIKH Sya’rawi berkata: “Selepas Allah menceritakan berkenaan dengan cubaan sebahagian daripada Bani Israel yang ingin melarikan diri daripada kematian tetapi Allah mentafsirkan mereka untuk mati kemudian menghidupkan dengan begitu mudah.

“Ini merupakan pelajaran yang amat jelas bagi orang yang beriman yang apabila datang urusan berperang pada jalan Allah, maka jangan risau hai orang yang beriman jika peperangan menyebabkan kamu menerima kematian. Ini kerana mati boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja.”

Firman Allah s.w.t: Dan berperanglah kamu sekalian di jalan Allah.

Ibnu al-Arabi berkata: “Satu kumpulan ulama kami mengatakan: Ayat ini merupakan ayat yang mujmal. Akan tetapi pendapat ini salah, malah ia adalah ayat yang umum.”

Imam Malik berkata: “Jalan-jalan Allah itu banyak.”

Al-Qadhi berkata: “Tidak ada satu jalan pun dari jalan-jalan Allah melainkan ada perjuangan ke atasnya dan padanya. Jalan Allah s.w.t yang paling awal dan agung ialah Islam.

Allah berfirman yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad. Inilah jalanku, aku dan orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. (Yusuf: 108).

Rasulullah s.a.w. bersabda sebagai menyempurnakan maksud ayat itu dengan katanya: “Barang siapa yang berperang untuk meletakkan agama Allah s.w.t. di tempat yang paling tinggi, maka dia berperang di jalan Allah s.w.t..”

Dengan itu ternyatalah apa sahaja aspek yang berkaitan dengan syariat harus berlaku peperangan kerana untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Dengan itu ternyatalah ayat itu difahami menurut keumumannya dan ada penegasan dari segi pengkhususan hukumnya.

Jika dikatakan: “Bagaimana dengan orang yang berperang kerana mempertahankan hartanya?

Kami menjawab: “Dia berperang di jalan Allah s.w.t. berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Barang siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, maka dia mati syahid.”

Hamka berkata: “Berperang pada jalan Allah s.w.t. adalah untuk meninggikan Kalimah Allah untuk mengamankan agama daripada ancaman musuhnya untuk mempertahankan dakwahnya. Kata Sabilillah yang bermakna Jalan Allah merangkumi maksud yang sungguh luas. Mempertahankan kemerdekaan pun dikira termasuk di dalam rangka jalan Allah s.w.t..

Sebab bangsa yang dijajah dan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain seolah mereka telah dibunuh. Maka sepakatlah ahli-ahli fiqh mengatakan bahawa apabila musuh telah masuk ke dalam negeri orang Islam, maka hukumnya menjadi fardu ain untuk berperang pada waktu itu. Semua orang wajib untuk mengerahkan tenaga bagi mempertahankan negerinya dan tidak boleh ada seorang pun yang ketinggalan sehingga semuanya bersama dalam medan peperangan itu.”

Al-Baghawi berkata: “Kebanyakan ahli tafsir berpendapat ayat ini ditujukan kepada yang dihidupkan supaya berperang pada jalan Allah s.w.t. kemudian mereka keluar dari negeri mereka lari daripada jihad. Lantas Allah s.w.t. mematikan mereka kemudian menghidupkan mereka dan memerintahkan untuk berjihad. Ada pendapat mengatakan ia dituju kepada umat ini.

Al-Sonhaji berkata: “Mengikut setengah qaul (pendapat) ulama, ayat ini ditujukan kepada kaum yang tadinya telah dimatikan oleh Allah s.w.t. kemudian dihidupkan-Nya semula, maka setelah dihidupkan, mereka telah diseru supaya berperang di jalan Allah.”

Mengikut setengah qaul ulama yang lain pula, ayat ini ditujukan kepada umat Muhammad s.a.w., yang maksudnya: “Janganlah kamu melarikan diri daripada kematian seperti pekerti segolongan kaum Bani Israel yang yang diceritakan dalam ayat 243 itu – mereka telah melarikan diri kerana takutkan mati. Perbuatan melarikan diri yang sedemikian tidaklah ada gunanya.

Maka dalam ayat ini terkandung seruan supaya orang mukmin itu hendaklah berjihad (berperang) pada jalan Allah.

Sayyid Qutub berkata: “Di sini kita dapat memahami sebahagian dari tujuan peristiwa ini, iaitu kita dapat memahami sebahagian daripada hikmah Allah s.w.t. menceritakan pengalaman ini kepada kaum Muslim dalam generasinya yang pertama dan dalam seluruh generasinya yang lain, iaitu janganlah kamu enggan berjihad di jalan Allah s.w.t. kerana cintakan kesenangan hidup dan takutkan mati, sebab mati dan hidup itu berada di tangan Allah s.w.t.. Oleh itu berperanglah kamu di jalan Allah, bukannya kerana sesuatu tujuan yang lain, dan berjuanglah kamu di bawah panji-panji yang lain. Berperanglah kerana Allah.

Firman Allah Taala: Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Sayyid Qutub berkata: “Maksudnya Allah s.w.t. mendengar segala perkataan dan mengetahui segala rahsia atau tujuan di sebaliknya. Allah mendengar segala permohonan dan memperkenankannya dan Dia mengetahui pula segala sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan dan hati mereka. Berperanglah di jalan Allah s.w.t. kerana di dalam perjuangan ini tidak ada amalan yang sia-sia di sisi Allah.

Jihad kerana Allah s.w.t. itu merupakan satu pengorbanan. Pendermaan harta dan infak kerana Allah s.w.t. biasanya digandingkan di dalam al-Quran dengan pembicaraan jihad dan peperangan, terutama di masa jihad itu merupakan amalan sukarela dan para mujahid terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

Kadang-kadang ia tidak dapat berjihad kerana harta tidak ada, oleh sebab itulah perlu adanya galakan yang berterusan (mendesak orang ramai) mengeluarkan derma untuk memberi kemudahan kepada para mujahidin di jalan Allah s.w.t.. Oleh itu di sini (ayat yang berikut) mengemukakan seruan derma dan infak dalam bentuk yang amat menarik.

Al-Sonhaji berkata: “Allah itu Maha Mendengar akan ulasan-ulasan dan alasan-alasan orang tentang seruan berjihad itu, sama ada menyambut seruan itu dengan patuh ataupun enggan mematuhinya sambil berdalih mengemukakan berbagai alasan. Lagi mengetahui, yakni Allah Maha Mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati hamba-Nya, yang mana semuanya itu kelak akan diberi-Nya balasan.”

Al-Qurtubi berkata: “Allah s.w.t. mendengar ucapan kamu seperti mana mereka berkata dan mengetahui kehendak kamu dengannya.”

Iktibar Ayat:

* Imam Nasafi berkata: “Galakan supaya berjihad selepas diberitahu kerana tidak mungkin kita boleh melarikan diri daripada mati.”

* Al-Maghari berkata: “Arahan dalam ayat ini supaya kita menghiasi diri kita dengan sifat berani dan memakai seluar kekuatan supaya musuh berasa gerun dan kita menjadi golongan yang mulia dan hidup dalam kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

* Mengisbatkan sifat Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Sumber: Utusan

03 Januari 2008

Apa ada pada tudung?

Petikan dari Utusan

“YAA dik, mari beli tudung! Macam-macam ada, tudung bawal, tudung Wardina, tudung Mawi pun ada, dik...,” sapa si penjual tudung ketika aku dan adikku melawat ke kedainya di kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman, di ibu kota.

Tiba-tiba aku terpandang akan seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya membelek-belek tudung sekolah berwarna putih yang dijual. Si ibu kemudiannya memakaikan tudung tersebut kepada anaknya.

“Nah, tudung ini sepadan dengan kamu ya..” aku terdengar perbualan si ibu kepada anaknya.

“Mmm..Along kena ke pakai tudung nanti...rimas la, umi...,” balas anaknya.

“Along sayang, Along pakai tudung ni lagi nampak comel. Allah suruh kita tutup aurat, sayang. Bila kita pakai tudung, kita dapat tutup aurat rambut kita..Jadi bila kita pakai tudung, kita dapat pahala ya sayang...,” jelas si ibu dengan penuh kasih.

Memerhatikan gelagat ibu tersebut bersama anaknya membuatkan aku mengimbau kembali pengalaman pertama aku memakai tudung. Pada ketika itu aku bakal memasuki darjah enam persekolahan. Ibuku mula menyuruhku memakai tudung untuk ke sekolah serta pada waktu lain.

Tudung? Mengapa mesti memakai tudung? Bentak hatiku apabila disuruh memakai tudung oleh ibu ketika itu. Perasaan negatif menyelubungi diriku apabila mula-mula mencuba memakai tudung. Panas, rimas, tidak lagi dapat menggayakan rambutku seperti mana rakan-rakanku yang lain yang tidak memakai tudung. Apatah lagi bilangan pelajar yang memakai tudung ketika itu boleh dibilang dengan jari. “Izzah dah jadi ‘alim’,” kata mereka.

Namun kupakai juga tudung atas pujukan dan sokongan ibu dan ayahku. Mereka jelas bijak mendidikku bertudung dengan turut menjelaskan maksud serta hikmah berkenaan kewajipan menutup aurat. Ini membolehkan aku memahami akan maksud suruhan mereka agar aku bertudung.

Malah ibuku juga menunjukkan contoh ikutan buatku dalam pemakaian tudung. Sudah tentu kita sudah sedia maklum dalam usaha mendidik anak-anak, kita perlu terlebih dahulu mengamalkan apa yang kita mahu mereka amalkan agar ia lebih tersemat dalam hati mereka.

Apabila aku memasuki tingkatan satu, aku ditanya oleh seorang rakanku yang bukan beragama Islam.

“Izzah, kenapa awak memakai tudung?”

“Ohh….Mmm...”

Terkedu sebentar aku tatkala mendengar soalan yang menusuk kalbu itu. Soalan tersebut seolah-olah kilat yang menyambar benak fikiranku.

Aku berusaha menyusun buah fikiranku agar dapat ku lontarkan jawapan yang bernas serta logik. Aku perlu berhati-hati menjawab agar tidak timbul salah faham terhadap ajaran Islam berkenaan isu menutup aurat. Pada masa yang sama aku juga perlu memberikan jawapan yang logik bersesuaian dengan pemahaman mereka.

“Begini, pertamanya ia adalah perintah Tuhan. Dan perintah Tuhan itu juga membawa ke arah kebaikan untuk manusia sendiri. Cuba bayangkan, ada dua orang gadis, seorang memakai pakaian yang sopan dan menutup bahagian badan yang dipanggil aurat, dan seorang lagi memakai pakaian yang menjolok mata.

“Bila kedua-dua gadis ini melintas di depan sekumpulan lelaki, siapakah yang akan menarik perhatian mereka terlebih dahulu?,” tanyaku kembali kepada rakanku itu. Sengaja soalan tersebut aku lontarkan kepadanya agar dia dapat memikirkan sendiri jawapannya.

“Tentulah gadis kedua itu yang akan menjadi perhatian, malah kadangkala dia akan diganggu dan diusik-usik lagi,” ujarnya seolah-olah membayangkan kejadian itu sedang berlaku depan mata.

Aku tersenyum lalu berkata, “nah, awak sendiri pun kata begitu kan? Manusia memang dicipta secara semula jadinya mempunyai perasaan yang dipanggil nafsu. Nafsu ini jika tidak dikawal, mampu membawa kepada keburukan kerana tidak berlandaskan kepada agama. Perintah ini nampaknya seperti suatu bebanan, tetapi sebenarnya mengandungi kebaikan yang banyak untuk kesejahteraan manusia sendiri.

“Ia juga bertujuan memelihara kehormatan wanita itu sendiri. Tuhan yang mencipta kita, sudah tentu Dia mengetahui apa yang terbaik untuk kita”.

Rakanku nampaknya berpuas hati dengan penjelasan ringkas yang ku berikan padanya. Alhamdulillah pengalaman sedemikian turut membuka mata hatiku. Soalan tersebut seolah-olah menanyakan kembali kepada diriku sendiri apakah niatku yang sebenar untuk memakai tudung. Adakah ia sekadar satu kebiasaan yang perlu aku amalkan atau adakah terdapat hikmah di sebalik tuntutan tersebut?

Semasa bersekolah dahulu aku juga rajin dibawa oleh ibu ke majlis-majlis ilmu. Ketika itu semua kaum wanita yang hadir memakai tudung. Di situ juga timbul rasa malu terhadap diri sendiri andai ku hadir tanpa bertudung. Oleh itu setiap kali mengikuti ibuku ke majlis-majlis ilmu sedemikian akan ku pastikan tudung dipakai.

Kini aku bersyukur akhirnya bertudung menjadi amalanku. Aku tidak lagi berasa kekok, malu atau terbeban untuk memakai tudung. Walaupun ku akui kadangkala timbul rasa rimas dan berpeluh terutamanya ketika cuaca panas, perkara tersebut tidak lagi menjadi halangan bagiku untuk terus memakai tudung.

Ternyata peranan ibu bapaku amat penting dalam mendidikku untuk menutup aurat, termasuklah dalam pemakaian tudung. Memang pada awalnya terasa keberatan, kemalasan dan kesukaran untuk membiasakan diri memakai tudung.

Namun bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Alhamdulillah kini aku berasakan bertudung sebagai satu kewajipan untukku dalam memenuhi tuntutan menutup aurat. Pengisyaratan Allah mewajibkan umat Islam agar menutup aurat membawa kepada asas pembinaan maruah dan kehormatan diri supaya menghasilkan insan yang bertaqwa dan berakhlak mulia.

Kini juga kedapatan pelbagai fesyen pemakaian tudung yang dipromosikan oleh pelbagai pihak. Ini membolehkan si pemakai mempelbagaikan penggayaan tudung agar bersesuaian dengan masa dan tempat.

Namun pada masa yang sama wanita Islam harus berusaha untuk mengikuti panduan menutup aurat yang dianjurkan Islam. Pada dasarnya Islam mengisyaratkan kaum wanita agar menutup auratnya dari kepala hingga ke kaki kecuali muka dan tapak tangan dalam persekitaran di mana hadirnya lelaki yang bukan mahram.

Di samping itu, mereka harus memahami bahawa pakaian yang dikenakan juga tidak menampakkan bentuk tubuh badan, dan tudung yang dikenakan juga haruslah labuh menutupi dada. Maka akan bertambah lengkaplah penampilan dan personaliti seseorang itu seiring dengan akhlak mulia dan adab sopan yang dimiliki.

“Akak! Termenung pulak dia ni. Cepatlah carikan tudung untuk hadiah hari jadi ibu...” tegur adikku tatkala melihatku keasyikan melihat gelagat kanak-kanak tersebut dan ibunya sejak tadi.

“Oh ye.. la.., jom pilih tudung untuk ibu, ” balasku setelah tersedar daripada lamunanku sendiri. Kami bingkas membelek-belek tudung-tudung yang dijual di kedai tersebut. Tudung oh tudung!