Pendidikan, tarbiah mampu ubah akhlak
Haiwan liar dapat dijinakkan, inikan pula manusia yang dikurniakan akal bagi membolehkannya membezakan baik dan buruk.
- Meyakini bahawa Allah sentiasa bersama kita di mana kita berada.
- Hendaklah sentiasa reda atas segala anugerah Allah.
- Hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat-Nya.
- Menjaga tujuh anggota dan pancaindera yang boleh menjadi punca maksiat dan sebagainya
Imam Al-Ghazali juga menggariskan 10 sifat mahmudah (terpuji) di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu taubat, khauf (takut), zuhud, sabar, syukur, ikhlas, tawakal, mahabbah (kasih sayang), reda dan zikrul maut (mengingati mati).
Beliau menggariskan 10 sifat mazmumah (tercela atau keji) iaitu banyak makan, banyak bercakap, marah, hasad dengki, bakhil, cintakan kemegahan, cintakan dunia, bangga diri, ujub (hairan diri) dan riak.
Satu lagi pesan Imam Al-Ghazali: “Yang dekat itu mati, yang jauh itu masa, yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah, yang indah itu solat, yang tajam itu lidah.”
Berbahagialah bagi orang yang mengisi sepenuh masanya dengan memuji Allah, beramal sebelum mati, meninggalkan maksiat demi keredaan Allah walaupun dalam segala kepayahan.
Ketika berbicara mengenai faedah menuntut ilmu, Imam Al-Ghazali pernah berkata: “Ilmu menjadikan kita berkasih/cinta kepada amalan soleh. Sebaik-baik kekasih adalah kekasih yang akan menemani kita di alam akhirat iaitu ilmu. Oleh itu, tiada kekasih yang lebih baik daripada amalan soleh yang kita lakukan untuk menemani dan membantu kita.
”Katanya lagi, ilmu memberitahu apakah amalan kekal dan dinilai tinggi oleh Allah.
Ramai orang berusaha mengumpul harta dunia tanpa menyumbang kepada orang lain. Allah berfirman maksudnya: “Apa yang berada di sisinya itu semuanya akan habis, dan pahala yang ada di sisi Allah itu adalah suatu yang kekal abadi.” (Surah an-Nahl, ayat 96).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan