15 Januari 2010

Memboikot barangan Israel dan Amerika menurut Islam.

1.MUKADDIMAH


Saya ada menerima foward mesej yang menunjukkan kepada artikel tentang FaceBook. Saya tidak mahu membincangkan adakah ia adakah Facebook itu yahudi atau pun bukan dan apakah hukum menggunakan Facebook. Namun mata saya terpaku pada kenyataan dalam artikel tersebut yang berbunyi:

"Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM."

Saya agak terkejut dengan kenyataan dari pendakwah terkemuka di Malaysia ini. Ini kerana kenyataan ini telah bertentangan dengan ulama-ulama di seluruh dunia. Oleh itu disini saya ingin mengemukakan pandangan ulama terhadap boikot barangan Amerika dan Israel.

2. BOIKOT ADALAH SENJATA DI ZAMAN NABI

Kita lihat bagaimana kisah Thumamah bin athal ra ثمامة بن أثال yang baru masuk Islam telah memboikot orang-orang musyrikin di Mekah. Setelah masuk Islam , beliau berkata:


والله لا يأتيكم من اليمامة حبة حنطة حتى يأذن فيها رسول الله صلى الله عليه وسلم

"Demi Allah tidak akan datang kepada kamu (kaum Quraisy) sebiji gandum pun dari Yamamah sehingga Rasulullah saw izinkan."

Hadis SAHIH Bukhari Muslim.

Sepertimana diketahui beliau adalah penghulu Yamamah.

Dalam hadis lain menyebut:


فانصرف إلى بلده ومنع الحمل إلى مكة حتى جهدت قريش فكتبوا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يسألونه بأرحامهم أن يكتب إلى ثمامة أن يخلي إليهم حمل الطعام ففعل رسول الله صلى الله عليه وسلم

" Lalu Thumamah pun pulang ke kampungnya dan menegah untuk dibawa barang dagangan ke Mekkah sehinggalah orang Quraisy kemelaratan. Lalu orang-orang Quraisy menulis kepada Rasulullah saw meminta dengan berkat hubungan persaudaraan supaya thumamah membiarkan barang makanan sampai kepada mereka. Rasulullah s.a.w memperkenankan permintaan mereka." hadis HASAN riwayat Imam Baihaqi dan Ahmad.

INI ADALAH DALIL YANG KUKUH TERHADAP PENSYARIATAN BOIKOT TERHADAP MUSUH-MUSUH ISLAM. KALAULAH ORANG MUSYRIKIN MASIH MENINDAS NABI DAN PARA SAHABAT KETIKA ITU MESTILAH NABI S.A.W AKAN MENERUSKAN PEMBOIKOTAN ITU.


3. MELEMAHKAN EKONOMI MUSUH ISLAM ADALAH SUNNAH NABI

Cara melemahkan ekonomi musuh yang dilakukan pada zaman Nabi saw ada dua cara.


Cara pertama:
Dengan menghantar pasukan tentera untuk peperangan badar bagi menghalang rombongan perniagaan mereka. Begitu mengambil harta orang kafir (ghanimah) setiap kali lepas perang juga adalah bertujuan melemahkan ekonomi mereka. Nabi saw dan para sahabat juga telah memusnahkan tanaman orang yahudi Bani Nadhir sedangkan asalanya Nabi saw menegah untuk dimusnahkan tanaman orang kafir. Ini semua adalah untuk melemahkan ekonomi mereka.

Cara kedua:
Dengan doa

Nabi saw telah mendoakan kepada orang-orang Quraisy:


اَلَّلهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَيْهِمْ بِسَبْعِ كَسَبْعِ يُوْسُفَ

"Ya Allah bantulah aku untuk memusnahkan mereka dengan engkau menjadikan mereka فtujuh tahun mereka seperti mana tujuh tahun yang menimpa Nabi Yusuf (tujuh tahun kemarau)."

Maka mereka ditimpa dengan kemarau sehinggalah ada yang makan bangkai. Lalu Abu Sufyan berkata kepada Nabi saw: "Hai Nabi, sesungguhnya Kaum mu telah binasa. Doalah supaya Allah menghilangkan kemarau ini."
Hadis SAHIH riwayat Bukhari dan Muslim.


4. MEMANGLAH ASAL BERMUAMALAH DENGAN MERKA ITU HALAL TAPI IA BERUBAH DENGAN KEADAAN

Pihak yang tidak mahu memboikot menyatakan bahawa tidak perlu boikot kerana Nabi saw juga bermuamalah dengan orang yahudi. Ini memang jelas bahawa kita boleh berusan dengan orang kafir tidak kira apa agama sekalipun. Hubungan kita dengan mereka adalah hubungan kemanusian. Ini jelas melalui Firman Allah swt:

"ALLAH tidak melarangkamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap org2 kafir yang tidak memerangimu kerana agamamu dan tidak mengusirmu dr kampung halamanmu.ssghnya ALLAH mencintai org2 yg berlaku adil." (8 : al-Mumtahanah)

Namun dalam ayat seterusnya menjelaskan kita dilarang untuk berbaik dengan orang yang memerangi dan mengusir umat Islam. Firman Allah swt:

"sesungguhnya Allah hanya melarangmu menjadikan orang-orang yang memerangimu kerana agamamu dan mengusirmu dari kampung halamanmu dan membantu untuk mengusirmu sebagai kawanmu (dengan membantu mereka), barangsiapa yang menjdkan mereka sebagai kawan, mereka itulah orang yang zalim." (9: al-Mumtahanah)

Penindasan dan kezaliman Israel dan Amerika terhadap umat Islam adalah perkara yang amat jelas. Oleh itu kita jangan bermudah-mudah untuk keluarkan hukum. Setiap keadaan dan masa itu mempunyai hukum yang tersendiri. Kita hendaklah menyerahkannya pada Ulama.

5. PANDANGAN ULAMA TERHADAP BOIKOT

Para ulama seluruh dunia menyatakan kewajipan boikot baragan Yahudi dan Israel. Diantaranya ialah Bekas mufti Mesir Dr Nasr Farid al-Wasil, Ulama saudi Al Albani dan Syeikh Abdullah Jibrin, ulama Lubanan Syeikh Faisal Maului, Ulama-ulama India dan yang paling tegas ialah ulama haraki DR YUSUF QARDAWI.

Dr Yusuf Qardawi berkata:

"Diantara cara membantu umat Islam di Palestin adalah dengan memboikot barangan musuh dengan sempurna (bukan pilih-pilih). Setiap ringgit dan sen yang kita gunakan untuk membeli barangan mereka adalah dianggap peluru yang menembusi dada-dada saudara-saudara dan anak-anak kita di palestin. Oleh kerana yang demikian wajib atas kita untuk tidak membantu musuh-musuh yang menindas Umat Islam dengan membeli barangam mereka. Ini kerana ia termasuk dalam perkara membantu diatas perkara permusuhan dan dosa. Barang-barang buatan Amerika seumpama barang-barang Israel dari segi wajib diboikot. Pada hari ini Amerika adalah Israel yang kedua."

6. KESIMPULAN

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kebaranian seorang Doktor dari Jordan yang telah meletupkan dirinya di Afghanistan yang membunuh tujuh pegawai perisikan Amerika CIA. Umurnya masih muda (30an) dan mempunyai isteri yang cantik (orang turki). Doktor ini sanggup mengorbankan jiwanya demi Islam tetapi mengapa kita tidak mampu walau hanya dengan memboikot barangan musuh Islam kerana tuntutan Nafsu. Firman Allah swt:

"Maka kamu akan lihat orang-orang yang berpenyakit nifak dalam hati mereka segera menjadikan orang-orang yahudi dan nasrani sebagai teman dan membantu mereka, mereka berkata sebagai alasan "Kami takut akan ditimpa bencana atau mereka mengalahkan orang-orang Islam." Maka pastilah Allah akan memberi kemenangan kepada umat Islam atau Allah akan memusnahkan orang-orang yahudi dan nasrani yang menyebabkan orang-orang munafik itu menyesal terhadap apa yang mereka lakukan (menolong yahudi dan nasrani)." (52 : al-Maidah)
JADI JELAS DARI AYAT INI MEMBANTU YAHUDI DAN NASRANI YANG MEMUSUHI DAN MENINDAS UMAT ISLAM ADALAH PERBUATAN ORANG-ORANG MUNAFIK.

Rujukan:

  1. Al-Quran
  2. Al-Muqataah as-Syariyyah wa Dawabitul Mumarasah oleh Dr Khalid Abdul Qadir
  3. Fatawa min Ajli Palastin oleh Dr Yusuf Qardawi.

Sumber: Salman Maskuri

08 Januari 2010

Jawapan Yang Sepatutnya Ringkas Tetapi Menjadi Panjang Berhubung Hak Nama Allah

Apabila saya terdengar dakwaan bahawa orang Kristian lebih berhak menggunakan kalimah 'Allah' lebih daripada orang Islam, saya menjadi pelik dan bila difikir-fikirkan mendalam, seperti tidak percaya. Mereka mendakwa bahawa mereka, yang berkitabkan Injil yang turun dalam Bahasa Ibrani/Hebrew/Ibriah lebih layak menggunakan kalimah 'Allah' lebih daripada orang Islam yang berkitabkan al-Quran yang turun dalam bahasa Arab.

Adalah penting untuk memahami bahasa kalimah 'Allah' bukan bahasa Melayu. Tetapi diimport masuk ke dalam bahasa Melayu, atau sebenarnya, kalimah ini adalah kalimah agama yang tidak dimelayukan, tidak diinggeriskan, tidak dijawakan atau dibahasa-apa-apa-kan sekalipun. Atau ia adalah nama khas yang tak diubah-ubah. Bagaimana mereka yang mendakwa mereka menggunakan Injil lebih layak menggunakan kalimah 'Allah' lebih daripada orang Islam yang berkitabkan al-Quran yang turun dalam bahasa Arab?

Persoalannya, adakah Injil itu turun dalam bahasa Arab? Tentu tidak. Adakah dalam Injil yang berbahasa Ibrani itu mengunakan lafaz Allah apabila menyebut mengenai Tuhan? Oleh kerana saya tidak pernah membaca Injil (bukan Bible) dan tidak tahu bahasa Ibrani, maka lebih selamat saya kata tidak tahu. Tetapi sejauh yang saya pernah dengar, ia tidaklah dibunyikan dengan lafaz Allah, tetapi Alohem. Itu yang saya dapat capai dalam penjelasan beberapa orang mengenai bahasa Ibrani yang saya tidak ketahui ini.

Tetapi apa yang menariknya, adakah perkataan Allah itu bahasa Arab? Ia adalah perbahasan yang panjang. Apa yang jelas, ia memang kedapatan seperti mana lafaznya dalam al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab, dan layak kita gelarkan adalah sabit bahasa Arab. Memang terdapat perbahasan mengenai kalimah ini, adakah ia daripada bahasa Arab, atau ia berasal daripada bahasa lain.

Apabila merujuk kepada permasalahan bahasa, saya bentangkan sedikit. Pertama, alif lam dipangkal kalimah Allah, adalah salah satu tanda yang membolehkan kita kenal bahawa kalimah yang berpangkalkan alif lam, adalah kata nama, kerana alif lam tidak boleh berada di pangkal kata kerja, kecuali alif lam mausul yang bermaksud allazi. Kedua, ada ulamak mengatakan bahawa kalimah Allah berasal daripada ilaah, kemudian ditambah alif lam jadilah al-ilaah, kemudian dibuangkan i lalu dibaca sebagai Allah.

Mengambil pendapat ini, kita dapati bahawa ilaah itu membawa maksud "yang layak disembah sebenar-benarnya". Saya tidak pelik kalau mereka mendakwa bahawa layak menggunakan kalimah ilaah, sebelum ditambahkan alif lam. Atau kalau mereka mendakwa lebih layak menggunakan kalimah iil yang bermaksud Tuhan dalam bahasa mereka. Tetapi apa yang saya pelik apabila mereka mendakwa lebih layak menggunakan alif lam ini sekaligus merupakan salah satu ciri bahasa Arab.

Ketiga, ada ulamak mengatakan bahawa kalimah Allah berasal daripada kalimah Laah (lam alif ha) dan apabila ditambah alif lam, maka jadilah Al-Laah (Allah). Namun, adakah Laah ini berasal dari laaha yaliihu yang bererti tinggi, atau berasal dari laaha yaluuhu yang bererti terhijab atau terselindung. Sekali lagi, tidak pelik kalau mereka mendakwa bahawa mereka layak menggunakan laah (kalaulah ia ada dalam bahasa mereka),

Apa yang paling menarik mengenai perbahasan bahasa Arab dan Hebrew/Ibrani/Ibriah ini, apabila kita meneliti hakikat bahawa bahasa Arab dan bahasa Ibrani ini adik beradik yang digolongkan dalam kelompok yang sama. Bererti, berasal daripada rumpun yang sama. Atau dalam bahasa yang mudah, bahasa Arab ini adik beradik dengan bahasa Ibriah, berkongsi bapa dan ibu, tetapi tidak dapat dipastikan siapakah bahasa bapa dan ibu ini.

Apabila direnungkan, kalimah "Arab" berasal daripada huruf 'ain-ro-ba, dan begitu juga Ibriah, berasal daripada 'ain-ba-ro" (membentuk ibr) dan ditambah ya dan ta menjadi ibriah, seperti mana bahasa Arab ditambah ya dan ta menjadi Arabiah. Apatah lagi kalimah 'ain-ba-ro ini di dalam bahasa Arab bererti melintas, menyeberangi, sesuai dengan tabiat orang Arab yang ketika di zaman permulaannya suka berhijrah dan hidup berpindah-randah.

Itu membuktikan ke-adik-beradik-annya dua bahasa ini. Tetapi ia tetap bahasa yang berlainan. Belum lagi apabila kita memandang pendapat ulamak yang keempat, yang mengatakan bahawa kalimah Allah itu bukanlah berasal daripada Laah, dan bukan berasal daripada ilaah, tetapi memang ia asal dan tidak boleh diceraikan. Pendapat ini merujuk kepada sifat alif lam yang boleh ditambah dipangkal kata nama, dan boleh juga dibuangkan. Seperti contoh madrasah, apabila ditambahkan alif lam jadikan almadrasah, dan apabila dibuangkan jadilah madrasah.

Oleh kerana itu, alif lam ini boleh ditambah dan boleh dibuang, tetapi adakah kita mendapati walaupun sekali kalimah Allah ini diceraikan daripada alif dan lam-nya? Tidak pernah. Maka, alif lam ini bukanlah tambahan, bahkan ia adalah huruf asal yang tidak boleh diceraikan, dan andai diceraikan, maka ia bukan lagi nama Allah.

Pandangan saya secara peribadi, kalau merujuk kepada lafaz iil yang bererti tuhan dalam bahasa mereka, maka kita mendapati tidak wujud ha di akhirnya, dan kalaulah ditambahkan maka jadilah iilah, dan ilah dalam bahasa Arab bukanlah Allah. Kalaupun ditambahkan ha di akhirnya, maka apakah sebabnya dan apakah maknanya? Atau lebih penting lagi, adakah ia wujud dalam kitab Injil? Ini belum campur persoalan, adakah kitab Injil itu masih wujud sampai sekarang kerana dalam pemahaman kita orang Islam, pihak Kristian telah membuang, menambah, menyelewengkan isi asal kitab Injil, atau mengarang semula dan mendakwanya adalah kitab Tuhan.

Namun, sekiranya kita mengabaikan persoalan ini pun, masih belum membuktikan bahawa kalimah Allah itu lebih layak bagi mereka, tetapi sabit ia adalah kalimah milik kita orang Islam. Atau sekurang-kurangnya lebih layak bagi orang Arab itu sendiri. Memang, di dalam bahasa Arab, alif dipangkal kalimah Allah itu tidak mempunyai baris. Atau apa yang kita gelarkan sebagai hamzah wasol. Ia bermaksud, sekiranya ada kalimah lain sebelum kalimah Allah, contohnya kalimah fi, maka kita membaca fi-llaah, dengan hilangnya huruf alif, atau didahului kalimah ismu, maka kita membaca ismullaah, juga tiadanya bunyi a dipangkalnya, atau didahului kalimah haqqa, maka kita membaca haqqallah. Namun, semua ini jelas membuktikan lafaz Allah tidak sama dengan ill dalam bahasa mereka.

Perlu saya jelaskan, tulisan panjang ini adalah membicarakan tentang lafaz dan bukan maahiyah. Contohnya, seorang budak bernama Ali, maka kalimah Ali itu adalah lafaz yang menjadi namanya. Adapun jasad si Ali itu, adalah orangnya yang kita panggil. Maka, lafaz Ali kita gelar sebagai nama, atau lafaz yang menjadi nama, adapun batang tubuh si Ali itu kita gelar maahiyah. Perbahasan saya sepanjang ini adalah mengenai nama/lafaz, dan bukan mengenai mahiyah.

Allah itu, Zat yang kita sembah itu, sekalipun kita tidak memanggilnya dengan nama Allah sebaliknya dengan nama ar-Rohmaan, atau ar-Rohiim, zat-Nya itu adalah tuhan kita, dan tuhan kepada semua makhluk tak kira apa agamanya. Zat yang Maha Suci itu, adalah Zat yang bukanlah jisim, dan bukanlah berada pada sesuatu tempat, dan bukanlah berada pada sesuatu masa. Allah itu adalah Zat yang Maha Suci dan tidak layak disamakan dengan kita sebagai makhluk.

Kita akui, bahawa Allah itu, Zat-Nya, adalah tuhan kepada semua makhluk, baik yang beragama Islam mahupun yang bukan, tetapi kalimah Allah itu, adalah kalimah Arab. Seperti mana nama Jibril itu dikenali oleh orang Arab, dan orang Nasrani sebelum itu mengenalinya dengan nama Gabriel. Dan kalaulah di bawa kepada bahasa Nabi-Nabi terdahulu barangkali sebutannya juga adalah lain, walaupun mahiyahnya adalah sama. Seperti nama Musa dibawa kepada Inggeris menjadi Moses atau nama Isa dibawa kepada bahasa Inggeris menjadi Jesus.

Itu semua adalah bukti bahawa nama berubah mengikut bangsa dan bahasa, walaupun mahiyah adalah sama. Kerana itu, nama Musa dan Isa berubah, walaupun orangnya masih sama. Tetapi nama Musa tidak boleh diinggeriskan, seperti mana nama Moses tidak boleh diarabkan. Nama Isa tidak boleh di-ibrani-kan seperti mana nama Jesus tidak boleh diarabkan. Kesimpulannya, kalimah Allah itu adalah lafaz yang merujuk kepada tuhan dalam bahasa Arab, bukan bahasa lain. Wallahu a'-lam.

Sumber: Mohd Zaki Md Noor